Secara keseluruhan, memupuk perpaduan dalam diri setiap masyarakat merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten
No comments:
Post a Comment