Kajian Lepas

    Kajian yang dijalankan oleh Shamsul (2007) perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.Percakaran antara etnik dapat dikurangkan dan konflik kepentingan etnik diredakan melalui demokrasi permuafakatan.  Permuafakatan politik akan terus menjadi formula mujarab bagi menjamin kestabilan dan kemajuan masa depan negara (Shamsul, 2012). kajian yang dibuat oleh Rahimin Affandi Abd. Rahim (2011) menunjukkan bahawa, tahap perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia masih berada dalam keadaan yang rapuh walaupunnegara telah lebih50 tahun mencapai kemerdekaan. 

    Justeru itu, kajian beliau telah mencadangkan pendekatan dialog agama dilaksanakan sebagai satu alternatif penyelesaian yang berkesan ke arah mewujudkan persefahaman dan meminimumkan konflik antara agama seterusnya membina hubungan agama yang positif ke arah melahirkan perpaduan.


    Beberapa pemerhatian dan kajian telah dijalankan oleh para cendiakawan mengenai hubungan antara agama di Malaysia. Syed Kechik adalah salah seorang yang paling awal yang menulis tentang keadaan toleransi agama di negeri Sabah. Beliau telah mengemukakan banyak bukti yang mengatakan bahawa toleransi agama telah diamalkan dengan baik di Sabah terutamanya oleh pihak berkuasa pada ketika itu (Mohamed, 1971). 
    Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Syed Kechik, menunjukkan negeri Sabah tidak menghadapi masalah berkaitan hubungan antara penganut agama. Ini disokong oleh laporan media yang sering mengaitkan negeri Sabah sebagai negeri yang mempunyai masyarakat yang hidup dalam keadaan toleransi sekalipun terdiri daripada pelbagai agama dan etnik. Namun kajian yang dijalankan sebelum ini adalah kajian kualitatif dan hebahan media itu juga masih tidak mempunyai data yang 
kukuh.


    Rakyat Malaysia juga terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bajau, Dayak dan lain-lain. Lantaran kerana kepelbagaian latar belakang inilah maka lanskap politik di Malaysia diselubungi dengan perjuangan yang berasaskan perkauman (Ishak Saat, 2010). Salah satu sebab kerencaman situasi disebabkan oleh Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum (Zaid, 2010). Antara peristiwa kekeruhan hubungan etnik yang sering ditonjolkan ialah peristiwa berdarah 13 Mei yang tercetus ekoran Pilihanraya Umum Ke-3 pada 10 Mei 1969 (Ishak Saat, 2009). Maka, isu agama perlu ditangani dengan penuh hikmah agar ia bukan menjadi isu yang boleh menggugat 
keamanan dan kedamaian yang dinikmati bersama.


    Menurut Azra (2005), dalam kajiannya yang bertajuk “Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan” menyatakan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah hubungan etnik. 
Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah, etnik Melayu, Cina dan India serta etnik-etnik lain sama-sama mengikuti pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga 
ke universiti di mana pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu, manakala pelajar lain terus bersama etniknya. Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini 
pengasingan etnik ini masih terus lagi wujud.
    Kamarulzaman (2007), menyatakan bahawa isu hubungan etnik dan masalah yang timbul dari “hubungan” ini bukanlah perkara yang baru dalam konteks Malaysia. Masalah tinggalan era penjajah ini kerap timbul dari masa ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurus dan menyelesaikannya. Dalam beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan insiden-insiden yang mencabar keutuhan hubungan etnik di negara ini dan memberi tanda tanya tentang keberkesanan program-program yang telah diperkenalkan untuk mewujudkan perdamaian dan perhubungan etnik yang positif. 


    Secara keseluruhan, kajian lepas melaporkan bahawa KeharmonianSosio-Agama ini amat penting kerana ia membantu kepada menghasilkan satu indeks yang dapat mengukur keadaan hubungan antara penganut agama di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya, indeks ini mampu menjadi antara instrumen yang boleh digunapakai sebagai rujukan suhu keharmonian masyarakat dalam pelbagai domain.

No comments:

Post a Comment

SEMANGAT KEHARMONIAN NEGARA DAN ANTARABANGSA

PENGENALAN  DEFINISI KEHARMONIAN       Mengikut kamus Dewan Edisi Empat Keharmonian bermaksud proses menyatupadukan rakyat adalah penting un...